Fatwa Osama bin Laden

Pada Ogos 1996, Osama bin Laden menulis satu fatwa[1], dan menandatangani satu lagi fatwa yang lebih ringkas di samping pihak lain pada Februari 1998.[2] Kedua-dua fatwa itu mula-mula disiarkan dalam akhbar berbahasa Arab yang berpangkalan di London, iaitu Al-Quds Al-Arabi.[1][2]Pada masa itu, bin Laden belum menjadi buronan di mana-mana kecuali negara asalnya iaitu Arab Saudi, dan belum diketahui sebagai ketua pertubuhan pengganas antarabangsa, al-Qaeda. Oleh itu, fatwa-fatwa ini tidak banyak mencuri perhatian umum sehinggalah selepas kejadian pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat pada Ogos 1998 yang menyebabkan bin Laden didakwa.[3] Dakwaan itu menyentuh fatwa pertama, serta mengaku bahawa Khalid al-Fawwaz, daripada Jawatankuasa Nasihat dan Reformasi bin Laden di London, terlibat dalam penyampaian fatwa itu kepada akhbar.